Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 adalah didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang gemilang. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan
perkhidmatan awam untuk makluman, rujukan dan kajian. Penubuhan pustaka ini sebagai satu pusat yang mempamerkan segala memorabilia yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.
Pameran di sini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan, Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Awam.
No comments:
Post a Comment